
Anonymous
6 tahun
Saya mengalami masalah kesihatan Kencing Pedih
Saya wanita berumur 21 tahun. Sekarang saya tengah makan ubat antibiotik yg diberi oleh hospital selepas saya jatuh kemalangan. Selepas itu, saya mengalami kencing yang amat pedih dalam beberapa hari ni. Pada hari mula saya rasa kencing pedih, saya jadi kerap nak ke tandas dan bila saya kencing rasa tk puas. Tetapi lepas selang 2 hari saya tak rasa kerap kencing dah cuma saya rasa sangat pedih bila kencing. Kemudian, ada keluar darah dan saya ingat itu cuma haid tetapi keesokkan harinya darah dah tak keluar. Jadi saya nak minta pendapat dari doktor apa masalah saya sekarang atau punca dari ubat antibiotik yang saya makan ni ?
Mohon doktor jelaskan pada saya. Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi:
- Trauma pada bahagian saluran kencing anda akibat kemalangan yang anda lalui
- Jangkitan pada saluran kencing. Mungkin tahap kecederaan anda selepas kemalangan menyebabkan anda sukar ke tandas dan ini boleh meningkatkan risiko jangkitan
- Kencing berdarah juga boleh disebabkan oleh batu karang atau batu di dalam pundi kencing
- Masalah pada prostat sama ada tercedera atau bengkak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.