
Sulit
3 tahun
Saya mengalami masalah ketakutan dan muntah2
Semalam saya ade minum air garam 1sudu bercampur limau nipis 5biji. Saya minum dua teguk je. Pastu saya perasan saya jadi mcm xsihat. Saya didiagnos oleh hospital penyakit anxiety dan gerd. Skrg saya asyik ketakutan n muntah2 je. Perut ok tak sakit. Mengenai ubat saya ambil ubat anxiety selama dua hari lepas tu berhenti seketika sebab kesan sampingan yg menakutkan saya sebelum sambung balik makan ubat tersebut sehingga hari ni. Sebelum ni ketakutan ni xteruk,sejak 3hari ni makin menjadi2.sampai waktu tidur saya terganggu. Saya rasa mcm dh gila mlm td.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa anda mempunyai anxiety dan gerd.
Baru-baru ini ketakutan anda semakin menjadi jadi dan tidur anda juga terganggu.
Situasi ini juga mungkin kerana tekanan yang meningkat atau aktiviti pra tidur yang tidak sihat.
Selain itu anda juga tidak mengambil ubat yang diberikan untuk anda dengan konsisten.
Anda disarankan untuk tidak memberhentikan ubat yang diberikan oleh doktor mengikut kesukaan kerana ini mungkin menjadi punca ketakutan yang menjadi jadi.
Selain itu,Anda juga perlu prihatin dengan apa yang boleh dimakan dan diminum kerana anda ada masalah GERD.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor melalui atas talian untuk nasihat lanjut.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.