
Sulit
3 tahun
Saya mengalami masalah susah untuk kencing Dan saya rasa ada sesuatu Di belakang testis saya
Saya lelaki linkungan umur 20an…saya mengalami masalah susah utk mengeluarkan kencing…terdapat satu bebola kecil dibelakang testis saya… Adakah itu batu karang?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda tentang masalah benjolan di testis anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Varicocele
- Keradangan testes
- Spermatocele
- Saluran sperma terbelit
- Trauma
- Kanser testis
Benjolan tersebut tidak semestinya batu karang tetapi boleh menjadi indikasi penyakit yang lebih serius. Oleh itu, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera sebelum keadaan anda bertambah teruk.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.