Anonymous
5 tahun
Saya mengalami pendarahan seperti haid 8 hari lebih awal
Saya berusia 27 tahun baru shj mendirikan rumah tangga. Haid saya 8 hari lebih awal dari tarikh sepatutnya. Apakah saya mengandung atau keguguran. Saya tidak pernah menggunakan pregnancy test. Haid terakhir saya adalah pada 28 april.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah haid tidak teratur dan sedikit. Masalah ini boleh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon atau masalah pada struktur organ seperti faraj, cerviks dan rahim.
Antara puncanya adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, anda amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian secara percuma. Terima kasih.


























