
Sulit
4 tahun
Saya mengalami rabun jauh dan memakai cermin mata. saya memeriksa mata dan mendapati keadaan mata saya…power mata saya ialah 125 pada mulanya kiri dan kanan sama….saya memakai cermin mata ketika umur 14 tahun….saya juga ada silau
sekarang umur saya 17 tahun…dan saya masih memakai cermin mata yang sama ketika saya mula mula pakai cermin mata…sekarang saya rasa power saya dah naik…antara sebab saya rabun adalah kerana saya menulis dan membaca terlalu dekat dan mungkin dalam keadaan gelap…tetapi bukan sebab tengok telefon terlalu dekat atau terlalu terang dan sebagainya…kerana dulu saya tidak mempunyai telefon…tahun ini baru saya dibeti telefon…saya takut kalau power rabun saya makin naik…jadi saya nak tanya doktor cara saya perlu buat sesuatu untuk mengelakkan daripada rabun saya semakin menigkat…apa cara yang saya perlu buat…ada apa apa amalan yang perlu saya makan…dan sebagainya…saya mohon agar doktor boleh bantu saya menangani masalah rabun saya ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rabun jauh. Pertama sekali, sekiranya anda merasakan daya penglihatan anda semakin berkurang walaupun dengan memakai kaca mata, anda amat dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan mata susulan. Untuk makluman anda, bagi mengelakkan kondisi rabun yang lebih teruk, anda digalakkan untuk selalu memakai kaca mata ketika melakukan aktiviti harian bagi mengelakkan kelelahan daya fokus penglihatan. Selain itu, anda juga disarankan untuk tidak melihat ke telefon pintar/ televisyen dengan terlalu dekat dan sentiasa mengawal kecerahan paparan skrin gajet tersebut agar tidak terlalu terang.
Bagi amalan pemakanan pula, tidak ada yang khusus. Akan tetapi, anda disarankan untuk melebihkan pengambilan sayur-sayuran seperti lobak merah dan buah-buahan lain untuk kesihatan mata.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Sekiranya gejala rabun ada semakin teruk, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda