
Sulit
4 tahun
Saya mengalami sakit perut di tengah pusat dan sebelah kanan perut dan dlm masa yang sama sedang mengandung 5 bulan
Pada okt thn lps sy ada menjalani ujian kolonoskopi dan endoskopi untuk mengetauhi punca sy sering sakit perut,cirit birit,sembelit dan buasir…hasil ujian pada awal januari 2020 ujian kolonoskopi tidak menunjukn masalah di usus besar dan kecil dan hasil ujian endoskopi doc mengatakan ada sedikit merah di perut iaitu gastrik…tetapi sakit ini masih berterusan sehinggalah saya mengandung masa ini…apa yang perlu saya buat dan adakah akan mengjejaskan bayi dalam kandunga saya ini…adakah sakit saya ini ada kaitan dengan usus saya juga Sebelum ini saya ada mengambil ubat prebiotik PROBI.LP229V utk mengurangkan masalah saya ini,adakah selamat saya mengambil ubat ini ket

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kehamilan boleh menyebabkan masalah gastrik menjadi-jadi. Namun, banyak perkara lain yang boleh juga berlaku di samping sakit gastrik seperti:
- Radang appendiks
- Hipertiroid
- Jangkitan saluran kencing/buah pinggang
- Batu karang
- Gastroenteritis virus
Secara amnya, probiotik selamat dimakan ketika hamil. Namun, terdapat pelbagai jenis probiotik. Oleh itu, anda disarankan untuk membaca helaian informasi supplemen anda sebelum mengambilnya. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh bercakap dengan doktor pakar obstetrik kami melalui link ini (Book appointment). Doktor pakar obstetrik merupakan doktor yang arif dalam bidang kehamilan dan masalah-masalah berkaitan kehamilan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.