
mylusmahs
4 tahun
Saya mengalami sakit (rasa tegang) di bahagian pelipat lutut sebelah kaki kanan. Tetiba saya sakit di bahagian bawah tapak kaki kanan
Apakah keadaan ini atas faktor memandu kereta dalam kesesakan lalulintas dan dalam tempoh yang lama.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah osteoarthritis
- berat badan yang berlebihan
- cysta Baker yang mudah pecah
- radang tendon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.