Sulit
4 tahun
Saya mengalami sakit-sakit badan,sakit kepala,sakit sendi-sendi..dan saya rasa tak larat sangat..asyik nak tidur sahaja
Umur saya 34 tahun
Nama saya Hazimah.
Saya bekerja sebagai guru
Saya jadi semakin hari semakin sakit sendi saya…n badan saya pun semakin meyucuk-nyucuk. Kenapa ya doktor jadi MCM tu
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang gejala yang anda hadapi iaitu sakit sendi dan sakit mencucuk pada badan. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- osteoarthritis
- Rheumatoid Arthritis
- jangkitan virus
- Systemic Lupus Erythematosus
- GERD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.