
Sulit
3 tahun
Saya mengambil ganja pada hari yang lalu tetapi mahu cepat clean dari positif dadah ganja.saya mohon sangat bantuan dari doktor
Saya lelaki umur 18 tahun ingin berubah dan terus berhenti dari pengambilan ganja disebabkan saya lagi pelajar dan akan di urin test dalam masa terdekat ini.mohon bantuan dari doktor cara yang mudah dan lebih cepat untuk menghilangkan positif pengambilan ganja dari dalam tubuh badan saya.mohon sangat doktor tolong saya.saya ingin berubah dan tidak ada cara lain.kali terakhir saya mengambil ganja ini pada 8 hari lepas.saya cuma takut masih ada dalam air kencing kita kalau di urin test.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, penggunaan ganja adalah tidak digalakkan, ia dianggap sebagai sejenis dadah. Penggunaan ganja secara berkala juga boleh menyebabkan kebergantungan dan sukar berhenti.
Selain itu, mengikut jangka masa anda mengambil ganja serta jumlah pengambilan anda, ganja tersebut biasanya akan berada dalam tubuh anda selama berminggu hingga sebulan lebih. Untuk menghilangkan ganja dalam tubuh anda, ia akan ambil masa, tiada ubat atau cara untuk mencepatkan proses ini.
Kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut supaya dapatkan bantuan untuk hentikan penggunaan ganja serta menjaga kesihatan anda.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.