
Anonymous
5 tahun
Saya mengandung atau tidak
Saya 19 tahun.sudah berkahwin.doktor saya nak tanya saya berintim dgn suami saya selepas 4 hari slpas tarikh period sya syg membuat pregnant test dan syg mendapat result negatif.setelah beberapa hari sya mendapat tanda tanda seperti kehamilan iaitu lesu,penat,period lmbt, dan mempunyai lendir merah coklat pada hari pertama manakala pada hari kedua brwrna merah.sya juga mengambil pil perancang tiga hari selepas sya berhubungan dengan suami sya.saya juga ada mengalami cirit birit dan muntah muntah .doktor saya nk tnye adakah saya hamil walaupun kputusan awal negatif

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kehamilan akan terjadi sekiranya anda bersama pada waktu subur (iaitu waktu dimana ovum ada untuk disenyawakan oleh sperma). Waktu subur dapat dijangkakan pada hari yang ke-12 hingga hari k-14 daripada hari pertama haid jika anda mempunyai kitaran haid yang normal iaitu sekitar 28-35 hari.
Untuk menjawab soalan anda tentang boleh tidak anda hamil setelah anda haid, kemungkinan besar anda tidak hamil sejurus selepas 4 hari mendapat darah haid anda.
Untuk mendapatkan diagnosis dan kesimpulan tentang keraguan anda, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih