
Sulit
4 tahun
Saya menghadapi rasa ketidakselesaan pada telinga
Saya berumur 18 tahun…sebelum ini saya pernah rasa sakit telinga ketika berumur 15 tahun kemudian kejadian itu berulang ketika kini…saya rasa sakit telinga di bahagian tepi telinga kanan saya,kadang-kadang rasa sakit tu sampai ke bahagian dagu di kawasan bawah sedikit dengan telinga…dan ada pulak saya rasa sakit telinga tu sampai ke kepala…adakah saya mengalami masalah yg serious?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sakit telinga.
Untuk makluman anda, sakit telinga boleh disebabkan oleh banyak perkara antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista (“cyst”)
- Abses atau nanah
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Sakit telinga berterusan dan berpanjangan
- Keluar nanah
- Telinga bengkak dan kemerahan
- Kurang daya pendengaran
- Sakit yang mengganggu aktiviti harian
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui keadaan sebenar anda dan untuk mendapatkan rawatan susulan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.