
Sulit
5 tahun
Saya merasa sukar bernafas setelah baik dari demam
saya pulang dari vietnam pada 16/2/2020 . Setelah 5 hari balik saya demam panas hampir 7 hari . Diikuti dengan batuk dan selsema . Sekarang demam sudah tiada , tapi terasa lemah badan dan terasa susah bernafas .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Saya ambil maklum bahawa anda mempunyai sejarah melancong ke Vietnam dan setelas kembali ke Malaysia, anda menglami demam panas, batuk dan selsema. Anda telah baik dari demam namun anda sekarang mengalami maslah lemah badan dan sukar bernafas.
Berdasarkan simptom yang anda alami, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan langkah seterusnya akan diberikan untuk anda.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) untuk bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Diharap jawapan saya dapat sedikit membantu anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini