Bing

6 tahun

Saya missed period dan keputihan. Adakah ini penyakit?

Hi. Sy dah missed period 3bulan lebih. Selalunya paling lama ta datang pun dua bulan skg ni dah lebih… Dan sy mempunyai masalah perut buncit lepastu keras… Tanda2 hamil sy lgsung tak rasa . Keputihan sy pun kbnyk. Busuk… Apa yg patut sy lakukan agar haid sy dtg sprti biasanya… Adakah sy mempunyai penyakit ?

Dr Ilias,

6 tahun

Salam sejahtera.

Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami kondisi tiada haid atau haid yang tidak teratur. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:

• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid

Sudahkan anda menjalankan ujian kencing untuk mengesan kehamilan? Perut buncit dan keras boleh disebabkan oleh kehamilan. Kehamilan yang awal kadang kala tidak menyebabkan tanda-tanda kehamilan seperti muntah, pening dan keletihan. Sindrom polisistik ovari juga boleh menyebabkan penambahan berat badan dan perut yang buncit. Keputihan anda yang busuk boleh disebabkan oleh pelbagai punca tetapi anda berkemungkinan besar telah mengalami jangkitan di bahagian faraj.

Kesimpulannya, gejala yang anda alami sekarang adalah tidak normal. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mengenal pasti punca untuk gejala anda.

Salam sejahtera. Terima kasih di atas pertanyaan anda.

Penyebab semula jadi yang boleh menghentikan haid ialah kehamilan, laktasi dan menopaus. Faktor lain mungkin termasuk faktor gaya hidup seperti kurang senaman, tabiat makan yang tidak sihat serta peningkatan tahap tekanan.

Dalam kes anda, keputihan mungkin disebabkan oleh bakteria vaginosis, jangkitan yis atau jangkitan kelamin yang lain. Jangkitan ini tidak secara langsung menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan kelewatan dalam kedatangan haid.

Penyakit kelamin yang lain seperti klamidia dan gonorrhea juga boleh berlaku terutamanya jika anda atau pasangan mempunyai ramai pasangan seks. Saya amat menyarankan anda untuk membincangkan masalah ini dengan doktor anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)