ningyuye85
3 tahun
Saya mungkin terdapat sjogren’s syndrome kerana January sampai February saya telah demam 3kali
saya adalah pelajar perempuan berumur 18,1 minggu yang lalu
saya telah berasa mata dan mulut saya kering,manakala saya dah minum air yang banyak tetapi masih kering,saya pun Ada arthralgia semasa rehat
。sebelum itu,saya telah mencari senior yang belajar medically untuk mendapat maklumat 。senior saya bercakap saya mungkin terdapat penyakit ini
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah mata serta mulut kering. Selain itu, anda beberapa kali demam serta mengalami masalah sakit sendi tulang iaitu arthralgia. Selain sjogren, masalah kering mulut serta mata ini boleh juga disebabkan oleh
- Dehidrasi
- Saluran penghasilan air mata serta iair liur tersumbat
- Pengunaan ubat
Untuk pengetahuan lanjut, Sjogren merupakan terma perubatan yang merujuk kepada keadaan autoimmun yang mana antibodi badan menyerang sel badan yang baik. Bagi mengesahkan perkara ini, pelbagai ujian makmal perlu untuk dilakukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.