
Sulit
4 tahun
Saya muntah sedikit cecair hijau dan diikuti dgn darah
Salam, saya muntah sedikit warna cecair hijau diikuti dgn darah sedikit. akan tetapi saya tidak ada batuk ataupun sakit tekak. saya takde sakit perut cume pening kepala. saya tidak rase ia nye luka di tekak sebab saya mmg tiada batuk ataupun tekak sakit.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, perkara ini perlu diperiksa dengan lebih teliti untuk memberikan kesimpulan. Oleh itu saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan untuk melakukan pemeriksaan lebih lanjut.
Saya juga sarankan untuk anda segera ke klinik jika anda mengalami simptom seperti:
- Muntah darah gelap atau cerah
- Batuk berdarah
- Pening kepala
- Pitam
- Berpeluh-peluh
- Sakit perut
- Pedih ulu hati
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.