
Sulit
4 tahun
Saya nak hamil tp suami tak mahu ada anak lagi
Hai doktor … sYa nk tnya … adakah saya boleh hamil jikaa saya memasukkan air mani dngan jari ketika saya hamil… keluarga mahukan anak tp suami xnak lagi … saya buntu sudah…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan anda.Hubungan antara suami dengan isteri adalah amat penting untuk dijaga demi keharmonian rumah tangga. Sebarang isu atau pendapat berbeza antara suami isteri perlu diselesaikan dengan cara yang elok dan berhikmah agar kedua dua belah pihak dapat mencapai persetujuan.
Secara umumnya, setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan cahaya mata atau anak mereka sendiri. Namun, sesetengah individu mungkin berhasrat untuk menangguhkan atau tidak ingin mempunyai cahaya mata mereka sendiri atas sebab sebab tersendiri. Jika berlaku perbezaan pendapat antara suami isteri tentang keinginan mempunyai cahaya mata seperti yang terdapat dalam kes ini, pihak puan amat digalakkan untuk berbincang dengan pihak suami bagi mengetahui sebab-sebab pihak suami tidak ingin mempunyai anak serta berjumpa dengan kaunselor bagi menyelesaikan masalah ini.
Pihak kami juga amat tidak menggalakkan puan memasukkan air mani menggunakan jari ke dalam alat sulit pihak puan bagi menjaga kebersihan. Sekiranya pihak puan ingin mendapatkan cahaya mata sendiri, pihak puan perlu berbincang dengan matang bersama suami.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.