Sulit
4 tahun
Saya nak tahu tentang covid 19
Saya positif covid pada 31/5 dan di kuarantin di rumah saja kerana sy tidak bergejala sgt cuma sakit kepala dan hilang deria bau.Tp masuk hari ke 6 sy br rasa macam ada kahak lekat di tekak dan sebu perut.Adakah virus ni br mula aktif?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami anda dijangkiti COVID-19 dan mengalami gejala sewaktu kuarantin, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, jangkitan COVID-19 mempunyai tempoh inkubasi selama 14 hari. Tempoh inkubasi bermakna tempoh masa dari saat seseorang dijangkiti virus hingga ia mula mengalami tanda-tanda jangkitan.
Selepas dijangkiti virus, tanda-tanda jangkitan boleh mengambil masa hingga 14 hari sebelum muncul, akan tetapi secara lazimnya, ianya dianggar mengambil masa dalam 5 hari.
Oleh itu, jika anda mengalami perubahan gejala sewaktu kuarantin anda perlu menghubungi PKD dan mengemaskini status kesihatan anda. Hal ini supaya pihak PKD boleh memerhatikan keadaan anda untuk mengelakkan komplikasi yang serius untuk berlaku.
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian supaya doktor kami boleh menilai kesihatan anda dan memberikan nasihat untuk langkah seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































