Sulit
5 tahun
Saya nk pastikan sama ada sy period atau ad penyakit lain
Doktor sy nak tanya… Sy brumur 28thun… Sy dh 2thun tkperiod… Akhir2 ini sy kencing ad keluar ketulan darah… Tp dekat seluar sy tk ad pun tompok tompok darah… Ada kah sy period… Sbb stiap kali sy kencing msti ada ketulan darah… Pd sluar tk ad pun…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Air Kencing Berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Bagi masalah haid yang anda alami, memandangkan i telahpun mencapai 2 tahun dan agak panjang, saya sarankan anda mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana, tidak datang haid sepanjang tempoh tersebut mungkin disebabkan masalah kesihatan yang abnormal.
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.

































