
Sulit
3 tahun
Saya positif covid-19 dan kuarantin di rumah
Saya seorang positif covid, sekarang sy di kuarantinkan di rumah, dlm 2 3 hari ni sy kurang tidur n bnyk merokok dlm keadaan sy begini, Skrg sy rasa susah nk bernafas, mcm hidung tersumbat, jd susah nk tidur…Adakah disebabkan kurang tidur dan bnyk merokok blh membahayakan lg diri sy dlm keadaan positif covid-19…

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda sedang menjalankan kuarantin setelah disahkan positif Covid-19. Anda juga mengalami gejala sesak nafas, hidung tersumbat dan kekurangan tidur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, perokok mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti virus Covid-19. Selain itu, mereka juga berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan paru-paru yang teruk apabila dijangkiti virus ini. Hal ini demikian kerana, rokok boleh menjejaskan fungsi paru-paru dan menyukarkan kepulihan radang paru-paru. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk menghentikan tabiat rokok memadangkan anda telahpun positif Covid-19 supaya anda dapat cepat pulih.
Di samping itu, anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya untuk membantu sistem imuniti badan anda untuk melawan virus. Melihat skrin sebelum tidur, mengambil minuman berkafein dan stres adalah antara punca utama kesukaran tidur. Oleh itu, anda perlu mengelakkan perkara-perkara tersebut supaya anda dapat tidur dengan nyenyak.
Gejala yang anda alami boleh berpunca daripada jangkitan Covid-19, tetapi merokok dan kekurangan tidur juga boleh menyukarkan kepulihan daripada jangkitan Covid-19.
Sekiranya gejala anda bertambah teruk, sila rujuk kepada hospital dengan kadar segera.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini