
Sulit
3 tahun
Saya positive covid 19
Saya positive covid 19 pada ahad 13.2.2022 dan tekak masih tak berapa sihat, tekak Kering suhu badan normal…bila check RTK positif lagi pada 15/2/2022…adakah rtk masalah atau berapa lama nak sembuh bagi siapa Yang dah ambil booster?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman anda, ujian kedua yang anda ambil hanya selang dua hari dari tempoh hari pertama anda positif. Tempoh kuarantin pesakit COVID-19 biasanya adalah antara 7-10 hari. Oleh itu dalam tempoh ini anda besar kemungkinan akan masih positif.
Anda juga masih boleh dijangkiti walaupun telah mengambil booster. Tempoh jangkitan bergantung kepada imuniti anda dan ini adalah berbeza antara individu.
Sila rujuk kepada fasiliti kesihatan terdekat atau bercakap dengan doktor secara atas talian untuk maklumat lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini