
Sulit
4 tahun
Saya Pregnant 6 minggu
Assalamualaikum n salam sejahtera… saya umur 2 ada 2 org anak 2tahun dan 5bulan… skrang ni saya dh hamil 6 mggu… dh 2 klinik pergi check… masalah nya kami belum bersedia utk menimamg anak yg ke3… boleh kah saya menggugurkan kandungan ini… atau ada cara lain… sya sampai buntu… harap doktor dpat membantu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kami ingin menasihati anda bahawa pengguguran anak adalah perkara yang tidak digalakkan kerana ia merupakan aksi yang tidak beretika, melainkan anda mempunyai masalah kesihatan yang melibatkan kehamilan anda atau bayi dalam kandungan.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor sakit puan anda terlebih dahulu untuk menerima konsultasi dan nasihat mengenai masalah anda. Anda juga boleh melayari pada link ini untuk mendapatkan pendapat mengenai pengguguran anak.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih