
Sulit
4 tahun
Saya rasa diri saya seperti mati
Doktor awal bulan nii saya terasa diri saya seperti mati . Saya seperti bermimpii . Saya dangat stress berfikir tentang itu . Tapi dia tidak datang secara berterusan . Kadang2 sahaja rasa itu datang . Saya mengalami sakit perut jika benda itu datang menyerang . Apakah iya satu penyakit ? ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan dan keresahan anda tentang perasaaan diri menghampiri kematian disertai gejala sakit perut. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala berfikiran yang luar biasa atau melibatkan sesuatu yang negatif boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- tekanan yang berlebihan
- gangguan tidur (i.e. nightmare atau night terror)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- post-traumatic stress disorder
- serangan panik
- kemurungan berat dengan gangguan psikotik
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami. Kami juga ingin meyakinkan anda bahawa konsultasi bersama doktor adalah sulit antara anda dan doktor.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.