
Sulit
3 tahun
Saya rasa seperti ada batu/berpasir dalam kelopak atas mata saya
Bila berkelip atau memandang kiri dan kanan saya terasa seperti berpasir/berbatu didalam kelopak mata saya. Dia amat mengganggu penglihatan saya dan gatal.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Secara umum, gangguan mata yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai masalah, antaranya:
- Jangkitan kuman pada mata
- Jangkitan atau inflamasi kelenjar air mata (Dacryoadenitis)
- Penyumbatan atau jangkitan saluran air mata (Dacryocystitis)
- Gangguan alergi
- Atau gangguan mata yang lain
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).