
Sulit
3 tahun
Saya rasa tidal selesa di dlam tekak
seperti ade sesuatu di dalam tekak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan gejala rasa tidak selesa di tekak. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tidak selesa pada tekak boleh disebabkan oleh perlbagai perkara, antaranya:
- Kecederaan pada tekak akibat makanan seperti tulang
- Batuk
- Jangkitan pada tekak
- Radang tonsil
- Post-nasal drip
Sekiranya rasa tidak selesa ditekak disertai dengan gejala sukar untuk menelan atau gejala lain yang mengganggu anda atau membimbangkan, ia mungkin disebabkan oleh perkara lain yang lebih serius.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.