Sulit
2 tahun
Saya sakit perut di bahagian kiri bawah perut. Sudah berjumpa dengan dr tetapi tetap ada rasa kalau saya nervous. Adakah dengan ct scan shaja cukup
Saya pelajar tingkatan 5. Baru2 ni saya sakit perut hingga dimasukkan ke hospital. Saya juga menjalankan ct scan dan memasukkan sesuatu dari lubang dubur saya seperti air julap saya rasa. Saya juga mengatakan kepada dr saya pernah melihat tompok merah di najis saya. Tapi dr mengatakan tiada apa2 berdasarkan result tersebut dan hanyalah infection di kolon saya. Sehingga hari ini saya buang air besar seperti biasa tanpa ada masalah tetapi bila saya nervous saya rasa seperti ditekan dibahagian kiri bawah perut saya. Saya amat risau kerana ia seperti ada kaitaj dengan kanser usus
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, sakit perut pada bahagian bawah kiri dan najis yang berdarah boleh dikaitkan dengan masalah usus. Antara puncanya ialah :
- Radang usus (Inflammatory bowel disease)
- Diverticulitis
- Enterocollitis
- Kanser usus
Namun, memandangkan anda telah menjalankan ujian ct scan yang tidak menunjukkan sebarang ketumbuhan, maka kemungkinan untuk anda menghidapi kanser usus adalah sangat rendah. Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor sekiranya ia berpanjangan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.