Sulit
6 tahun
Saya sakit tekak berpanjangan sudah 4 minggu
Saya umur 25 tahun saya tidak sakit tekak tapi dalam tekak saya merah sudah 4minggu tidak baik2
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan untuk saya memahami masalah yang anda alami.
Selain itu, sakit tekak juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Pharyngitis
- Allergic rhinits
- Kurang minum air
Selain merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut, anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Buat masa sekarang, anda awasi dahulu gejala anda. Sekiranya masalah tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























