hafiztenang93
5 tahun
Saya sakit tekak dan deman sekejap sekejap. Pernah ke thailand 19 february
Hai doctor. Baru baru ni saya mengalami sakit tekak tetapi tidak sampai suara serak. Saya batuk sikit sikit. Dan semalam 13/3/20 saya mengalami selsema yang teruk dan demam yang sekejap sekejap. Untuk pengetahuan doctor saya ada pergi thailand pada 15/2/2020 sehingga 19/2 2020. Perlu kah saya check untuk covid 19 di hospital? Tujuan saya tanyakan soalan ini kerana sebaik saya bangun pagi hari ini 14/3/2020 badan saya tidak lagi rasa panas dan sakit tekak saya beransur pulih. Selsema masih ada. Saya tidak mahu menimbulkan kekecohan pada family dan sahabat saya. Saya takut yang saya sebenarnya tiada apa masalah, paranoid je, padahal takde apa pun. Apa perlu saya lakukan?
5 tahun
Salam sejahtera!
Saya faham tentang kebiimbangan anda mengenai jankitan COVID-19. Berdasarkan simptom sakit tekak, selesema dan demam yang anda hadapi serta pernah melancong ke Thailand dalam masa terdekat ini, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom-simptom yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Asma
- COPD
- Jangkitan kuman pada paru-paru
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































