
Sulit
4 tahun
Saya selalu overthinking
Saya berumur 19 tahun. Saya ada masalah dimana saya kerap memikirkan sesuatu perkara tu secara berlebihan. Kadangkala saya mengalami masalah seperti sukar bernafas. Baru baru ini, saya terpaksa pergi ke klinik kerana saya sukar bernafas. Apabila saya pergi klinik,doktor cakap paru-paru saya tiada masalah tapi jantung saya berdengup agak laju. Jadi doktor sarankan saya ambil nebulizer. Saya rasa masalah sesak nafas seperti berkait dengan masalah overthinking saya. Saya juga selalu berasa penat walaupun saya dah mendapatkan tidur yang cukup. Disebabkan overthinking juga,saya sukar nak fokus terutama ketika saya memandu. Boleh bantu saya? Apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah “overthinking” yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah bipolar
- Masalah personaliti
- Masalah ADHD
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih