
syahirnizam.sn
3 tahun
Saya sentiasa rasa nak terkencing walaupun baru sahaja lepas kencing
Saya lelaki berusia 21 tahun, tinggi 170cm, berat 100kg. Saya ada masalah yang baru berlaku pada saya. Saya sentiasa rasa nak terkencing walaupun sudah kencing. Air kencing yang keluar adalah pada kuantiti sedikit. Saya sudah kurangkan ambilan air harian saya. Tetapi masalah masih berterusan

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, keadaan kencing dengan kerap ini boleh jadi merupakan salah satu daripada gejala-gejala penyakit seperti penyakit buah pinggang sehinggalah hanya meminum terlalu banyak air. Apabila kondisi ini disertai demam, tidak dapat menahan kencing serta berasa tidak selesa pada bahagian bawah perut, ia berkemungkinan besar merujuk kepada masalah jangkitan pada saluran kencing.
Punca - punca lain yang boleh menyebabkan kencing menjadi kerap termasuklah:
- Kencing manis
- Kehamilan (perempuan)
- Masalah prostat (lelaki)
- Penyakit saraf
- Disfungsi pundi kencing
- Minum terlalu banyak
- Kanser pundi kencing
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.