Sulit
4 tahun
Saya seorang pelajar asrama. Di asrama saya ad yang +ve covid. Saya dapat symptoms seperti sakit kepala dan muntah muntah sebelum saya di vaccine. Adakah saya berisiko tinggi untuk +ve?
Salam sejahtera doktor.
Saya ada masalah yang ingin bertanya,
Saya ambil vaccine pada 26/10/21…sehari sebelum diambil vaccine,saya ada sakit kepala dan muntah. Selepas di vaccine,saya ada demam,muntah. Sudah 3 hari saya demam dan 4 hari saya muntah². Saya tinggal di asrama, di asrama saya ad pelajar yang +ve covid. Adakah sakit saya ini mungkin daripada jangkitan mereka? Sebabnya sebelum di vaccine, saya muntah² dan sakit kepala. Pada waktu itu juga ad kawan asrama saya yang +ve
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda mengalami sakit kepala dan muntah sehari sebelum mengambil vaksin. Setelah mengambil vaksin, anda mengalami demam dan muntah. Saya memahami bahawa anda sedang khuatir sekiranya anda dijangkiti covid-19 kerana ada pelajar seasrama yang telah disahkan positif. Saya akan cuba untuk memberikan maklumat berkenaan dengan sebaik mungkin.
Sebagai pengetahuan, simptom-simptom jangkitan covid-19 adalah seperti berikut:
Simptom yang sering berlaku:
- Demam
- Selsema
- Batuk
- Keletihan
- Hilang deria bau dan rasa
Simptom yang jarang berlaku:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Cirit-birit
- Kulit yang kemerah-merahan
Simptom yang serius:
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Pitam
Berdasarkan keterangan, anda berkemungkinan tergolong dalam kalangan mereka yang berisiko tinggi dijangkiti atas sebab kontak rapat dengan pesakit covid-19. Anda tidak digalakkan untuk mendapatkan vaksin sekiranya anda adalah pesakit covid-19. Anda disarankan untuk menjalani ujian saringan covid-19 untuk kepastian.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































