
hank
5 tahun
Saya seorang pesakit jantung
Hi saya seorang pesakit jantung, tiap-tiap hari saya kena makan ubat jantung & pil cair darah,tapi baru-baru ini saya dapati kencing saya bercampur warna merah.apa penyebabnya .

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Hai, terima kasih kerana mengemukakan soalan anda. Air kencing berwarna merah memang sesuatu yang merisaukan. Walaupun kebanyakan kes ini tidak merbahaya, ia boleh menunjukkan sesuatu yang serius. Kebanyakan air kencing yang bewarna merah disebabkan oleh jangkitan saluran kencing (pundi kencing, urethra, buah pinggang).
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko jangkitan saluran kencing adalah saluran kencing tersumbat, masalah saluran kencing, dan sistem imun yang lemah. Tanda-tanda jangkitan saluran kencing termasuk:
- kepedihaan semasa membuang air kecil
- ketidakselesaan di bawah perut
- kerap membuang air kecil
- air kencing keruh atau berdarah
- sakit belakang
- demam
- loya
- muntah
Air kencing berwarna merah juga boleh disebabkan oleh batu karang. Ia boleh terbentuk di mana-mana sahaja dalam saluran kencing dan mencederakan saluran kencing. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko batu karang adalah pengambilan protein, garam dan gula yang berlebihan, obesiti, sejarah keluarga dan dehidrasi. Tanda-tanda batu karang termasuk jangkitan saluran kencing yang berulang dan sakit belakang.
Selain itu, pembesaran kelenjar prostat atau jangkitan prostat boleh menyebabkan air kencing berdarah. Tanda-tanda masalah prostat termasuk kencing lebih kerap, aliran air kencing tidak lancar dan pundi kencing tidak dapat dikosongkan dengan sepenuhnya.
Penyakit ginjal juga merupakan salah satu penyebab. Struktur glomerulus (sistem penyaringan dalam buah pinggang) bermasalah dan menyebabkan kebocoran saluran darah buah pinggang. Ini boleh disebabkan oleh keradangan buah pinggang, penyakit saluran darah dan kencing manis.
Tanda-tanda termasuk air kencing berkurangan, bengkak di bahagian kaki, keletihan, sesak nafas, loya dan muntah.
Penyebab yang seterusnya adalah kanser saluran kencing. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser adalah peningkatan umur, obesiti, darah tinggi, sejarah keluarga, penyakit genetik tertentu, pendedahan kepada sesetengah bahan kimia.
Tanda-tanda termasuk:
- air kencing berwarna merah pekat
- keletihan
- kehilangan selera makan
- penurunan berat badan secara mendadak
Bukan itu sahaja, kecederaan saluran kencing semasa bersukan atau kecelakaan, dan ubat-ubatan seperti ubat cair darah, ubat anti-kanser dan penisilin (antibiotik) turut menyebabkan air kencing berwarna merah.
Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!