
Sulit
4 tahun
Saya sering merasa sedih tanpa sebab. Kadang2 menganggu kehidupan seharian saya
Hello, saya tira berusia 24 tahun. Sejak saya pindah ke kuala lumpur hidup sendiri, saya selalu rasa keseorangan. Terlalu kerap saya menangis tanpa sebab, rasa sedih melampau tanpa sebab langsung. perkara begini selalunya berlaku pada waktu malam. Pernah beberapa kali saya sedang berkerja seperti biasa, dengan tiba2 saya rasa sedih, membuatkan saya terpaksa ke tandas dan apabila di dalam tandas, saya menangis bagaikan kematian sesuatu tetapi tiada sebab langsung. Adakah perkara begini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana bertanya kepada pihak kami.
Kami faham kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu seringkali berasa sedih. Secara umum, masalah yang anda alami mungkin berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Kegelisahan ( anxiety )
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Diagnosis berkaitan mental/psikiatri perlu dibuat oleh pakar setelah pemeriksaan yang komprehensif dilakukan kepada anda. Pihak kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan untuk membuat saringan awal sebelum dirujuk kepada pakar bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna, Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah ini. Terima kasih
Anda memerlukan nasihat pakar? Pakar kesihatan kami sedia membantu anda!