
Sulit
3 tahun
Saya skrg sakit kepala dah 4 hari..dgn gastrik dan angin satu badan
Sakit kepala dan angin satu badan

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami sakit kepala selama 4 hari dan gastrik. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, masalah pada sistem penghadaman boleh menyebabkan gejala sakit kepala. Antara penyakit yang boleh menyebabkan sakit kepala adalah:
- Keracunan makanan
- Gastrik
- Refluks asid
- Gastroenteritis
Namun perkara ini boleh menandakan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian doktor seperti:
- Irritable bowel syndrome
- Batu hempedu
- Jangkitan saluran kencing
- Batu karang
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.