
Sulit
3 tahun
Saya stres dan dalam tertekan lah dok
Saya rasa mcm tekanan n stres bila sorang2… saya ckp dlm kepala (sorang2)… makan pun gitu2 je.rasa dah mcm owg gila. kadang kalau terlalu stres rasa mcm xleh bernafas.rasa sunyi je bila sorang2 lagi2 time pkp ni. Tapi saya dah buat ujian darah dan doktor dh bgthu result anxiety saya normal tiada masalah.kenapa dengan saya dok?nak beremosi sikit pun xleh takut sesak nafas…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami bersimpati dengan situasi anda yang keseorangan pada musim PKP ini dan memahami bahawa ketika ini anda dalam keadaan stress dan tertekan. Jangan bimbang, kami di sini akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian lazimnya dipengaruhi oleh beberapa faktor, seperti:
- Tekanan di tempat kerja
- Kekurangan tidur
- Gaya hidup yang kurang sihat
Namun perkara ini juga boleh menandakan kondisi yang lebih serius dan memerlukan khidmat nasihat doktor seperti:
- Kemurungan
- Skizofrenia
- keresahan dan kegelisahan ( anxiety )
- Masalah bipolar
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami melalui telekonsultasi secara peribadi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.