Sulit
3 tahun
Saya sudah berjumpa dua doktor
Simptom yg saya hadapi dua hari ni, rasa nak muntah2 mual2,nak bernafas pun mcm lepas bersenam walaupun hanya duduk n baring. Doktor pertama ckp saya tiada apa2 cuma hypo n kurang vitamin kurang gula. Doktor kedua pula ckp saya keradangan otot,otot kencang n gastrik. Jadi sebenarnya ape yg terjadi pada saya sbnrnya? Mana satu yg betul?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami anda mengalami masalah selepas bersenam walaupun hanya duduk atau baring. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu anda bagi mengatasi kemusykilan ini. Pertama sekali, sebelum suatu diagnosis atau punca masalah ditentukan, ianya perlu berdasarkan maklumat daripada pesakit mengenai gejala yang dihadapi, pemeriksaan teliti samada secara fizikal ataupun lab, bergantung kepada keperluan. Justeru, berdasarkan maklumat yang terhad sahaja, puncanya hanya boleh dikenalpasti berdasarkan beberapa kondisi kesihatan yang disenaraikan secara umum. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih