
Sulit
3 tahun
Saya sukar untuk mengawal perasaan saya seperti saya tiba tiba menangis dan berasa stress tanpa sebab
Saya berusia 18, saya mengalami masalah sukar mengawal perasaan saya contohnya saya tiba tiba menangis dan rasa tertekan. Saya juga mengalami depression sejak berumur 17 kerana tertekan dengan keadaan sekeliling. Pada waktu itu juga, saya mempunyai masalah bersama rakan rakan saya dan menyebabkan saya mengalami depression. Di rumah pula, kadang kadang saya rasa nak marah, kadang kadang rasa sedih (pada waktu malam) ketika saya berseorangan, saya tiba tiba terfikir salah salah yang saya lakukan menyebabkan saya rasa stress dan ingin membunuh diri. Ada satu malam, saya taktahu apa yang saya fikir pada waktu itu, saya ambil panadol dan saya telan 6 biji panadol kerana pada waktu itu dalam kepala saya hanya fikir untuk bunuh diri saya tak dapat kawal diri dan perasaan saya pada ketika itu. Dan ketika saya panik tangan saya mula menggeletar dan badan saya start berpeluh. Jadi, saya harap doktor boleh bantu saya untuk selesaikan masalah saya terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah depressi dan sukar untuk mengawal perasaan dan kami akan cuba membantu anda. Kemungkinan apa yang anda alami mungkin salah satu penyakit mental yang boleh disebabkan oleh perubahan personaliti yang boleh berpunca daripada kecederaan, jangkitan kuman atau keradangan pada otak.
Namun, kemungkinan besar masalah depressi boleh disebabkan oleh sebab-sebab persekitaran anda sepert:
- Perasaan stress dengan pekerjaan anda
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Menerima tanggungjawab yang berat
- Masalah rumah tangga ataupun hubungan dengan suami
- Kurang bergaul dengan rakan-rakan atau jiran berdekatan
- Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan sendiri
- Kurang rehat ataupun tidur.
Kami sarankan anda mencuba yang berikut bagi mengawal tekanan emosi serta rasa cepat marah anda:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling anda
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
- Perbaik masalah rumah tangga anda dengan perbincangan yang lancar dan perlahan-lahan.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Anda juga boleh melayari hotline di bawah untuk bantuan:
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.