
Sulit
4 tahun
Saya susah nk mengandung selepas beranak di luar rahim
saya susah nk mengandung… perlukah ambil pil perancang

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sukar hamil ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Masalah pada struktur rahim/tiub Fallopian
- Masalah pada lelaki - seperti sperma kurang atau sperma tidak sihat
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)
- Punca yang tidak dijumpai (28% dari kebanyakkan kes)
Pengambilan pil perancang adalah bertujuan untuk mengelakkan wanita daripada mengandung dan juga bagi masalah yang berkaitan dengan haid.
Anda dan suami anda boleh membuat temujanji dengan pakar sakit puan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai punca-punca dan rawatan yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah ini. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.