
Sulit
5 tahun
Saya tak ada tak sihat, hanya balik dari italt
Saya balik dari 26th Feb… Tepi saya tak ada deman tak sihat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Melalui penerangan anda di atas, saya dapati anda baru sahaja pulang dari Italy namun tidak mengalami apa-apa simptom. Nasihat saya anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Untuk memastikan risiko anda berkenaan dengan wabak ini, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 . Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori serta langkah yang sepatutnya akan diberikan mengikut kategori anda.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) untuk bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Diharap jawapan saya dapat sedikit membantu anda. Semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini