
Sulit
4 tahun
Saya takut saya mengalami skizofrenia kerana saya mengalami semua simptom skizofrenia. Hal ini telah bermula menganggu saya setelah masalah kemurungan saya bertambah teruk
saya remaja berumur 17 tahun dan saya mengalami kemurungan yang amat teruk dan tidak boleh dicegah. Kemurungan saya telah mula bertambah teruk tahun ini dan saya mula menyisihkan diri saya daripada semua orang. Kebelakangan ini, saya mula mencederakan diri saya dan rasa seperti saya tidak waras. Saya boleh dengar suara suara di sekeliling saya dan juga dalam kepala. Saya juga rasa seperti terdapat 4 personaliti dalam diri saya yang berubah secara drastik apabila saya di berasa triggered. Saya mula mendapat sleep paralysis tahun lepas tetapi telah bertambah teruk tahun ini. Saya sudah ada insomnia dan tidak tidur selama 5 hari kerana suara suaranya yang saya dengar telah menjadi lebih kuat. Saya berasa seperti ada seseorang dalam badan saya yang sering memberitahu saya untuk mati dan cederakan diri. Saya rasa tidak waras kerana mengikut arahan suara itu. Sya juga boleh dengar 3 suara lain, seperti mereka adalah manusia yang betul. Mereka juga ada nama. Saya juga sering rasa seperti saya boleh tengok orang di tepi mata atau tengok apa apa benda yang bergerak di tepi mata saya tetapi sebenarnya saya berhalusinasi sahaja. Ramai orang sekarang memberitahu saya bahawa saya selalu nampak macam saya tengah mimpi, macam saya hilang dalam fikiran saya. Recently saya selalu hilang dalam fikiran saya dan mimpi sampai saya tidak boleh dengar orang di sekeliling saya. Saya amat gelisha, tolong bagikan saya satu terangan tentang hal ini doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kemurungan, masalah tidur dan sleep paralysis, dan juga masalah gangguan emosi dan berhalusinasi bersertakan mempunyai firasat untuk membahayakan diri atau membunuh diri. Kemungkinan perkara yang anda alami ini berpunca daripada kemurungan yang disebabkan oleh persekitaran anda. Namun, terdapat beberapa penyakit yang boleh dikaitkan dengan masalah anda.
- Bipolar disorder : ini adalah masalah psikatri yang melibatkan perubahan emosi yang drastik
- Schizophrenia: penyakit psikatri yang boleh menyebabkan halusinasi, personaliti yang aneh serta depressi
- Depressi yang berlebihan
- Psychosis: penyakit berhalusinasi, tingkah laku aneh, serta masalah konsentrasi. Ini boleh disebabkan oleh gangguan stres yang berlebihan.
Pada pendapat kami, perkara yang anda alami mungkin disebabkan oleh tekanan emosi yang berlaku pada persekitran anda. Selain itu, penyakit psikatri boleh berpunca daripada kecederaan atau jangkitan pada otak atau kepala yang pernah dilalui sebelum ini.
Simptom-simptom skizofrenia adalah seperti berikut:
- Halusinasi.Tidak mengira waktu
- Masalah berkomunikasi dengan orang ramai
- Tingkah laku yang aneh seperti melakukan pergerakan yang aneh dan kebudak-budakan
- Emosi negatif seperti tidak ingin berbual, tidak menjaga kebersihan diri dan juga mengabaikan tanggungjawab sekeliling
- Masalah tidur.
Bagi masalah halusinasi ketika tidur, ia boleh disebabkan oleh satu penyakit iaitu Narcolepsy. Ia boleh menyebabkan gangguan tidur dan sleep paralysis , tetapi tertumpu pada tidur sahaja. Penyakit halusinasi atau delusi boleh dicirikan sebagai:
- Mendengar bunyi yang aneh atau tidak didengar oleh orang lain
- Menglihat perkara yang aneh dan tidak dinampak oleh orang lain
- Mempunyai perasaan yang sensitif seperti anda sentiasa merasakan ada yang ingin menganggu atau mengancam anda.
- Menghidu bau aneh yang tidak dihidu oleh orang lain.
- Orang yang menghidap penyakit delusi boleh bergaul seperti biasa. Namun mereka akan fokus dengan delusi mereka yang mereka fikirkan ia betul.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Tingkah laku yang berbahaya dan juga kecederungan untuk membunuh diri ini boleh berpunca daripada mana-mana penyakit yang disenaraikan di atas kerana tekanan emosi serta masalah tidur boleh mengganggu sistem kognitif otak yang boleh menyebabkan risiko membunuh diri secara umum. Bagi wanita, penyakit bipolar disorder ini selalunya datang dengan penyakit lain seperti masalah tiroid, obesity, penyakit kegelisahan, dan juga migrain. Mereka juga akan mengalami depressi sebanyak 4 kali kitaran setahun dan berkait rapat dengan penggunaan alkohol.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini kerana ia boleh menjadi perkara yang serius jika tidak diberi perhatian. Sila hubungi talian bantuan 24 jam ini (Suicide helpline 60379568145) sekiranya anda mengalami kecederungan untuk membahayakan diri anda. Ingatlah orang yang tersayang.
Anda boleh juga klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.