
Sulit
3 tahun
Saya telah minum ketum selama 5 tahun dan tidak dapat berhentinya
Sya berumur 26 ingin berhenti mengambil ketum. Saya telah cuba sedaya upaya saya tapi tidak dapat menahan dengan kesakitannya. Ada tk apa cara utk mengubat gejala ini?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.kami memahami bahawa anda ingin melawan ketagihan terhadap ketum.
Kami amat memahami kesusahan anda dan amat bangga dengan usaha anda.
Kami akan cuba membantu
Untuk memperkuat usaha anda untuk menangani masalah ini,anda memerlukan bantuan ketara bersama pakar psikiatri.
Pakar psikiatri biasa dengan menangani isu-isu ketagihan dan dengan usaha bersama ketagihan ini dapatlah dibuang sama sekali.
Pakar psikiatri mempunyai pelbagai cara untuk menangani simptom-simptom kasar yang seseorang merasai apabila cuba mengeluarkan diri daripada sesuatu ketagihan.
Oleh yang demikian ,janganlah menangani gejala ini sesama sendiri,dan hubungilah kami segera.
Kami harap jawapan kami membantu dan anda disarankan dengan segera menghubungi kami.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri