
Sulit
3 tahun
Saya terlalu excited untuk hamil anak pertama
sya nk bertanya, sy bernikah pada 24/05/2021… sekarang saya kerap muntah muntah… ada kah itu tanda hamil? saya tdk yakin disebabkan belum sampai sebulan bernikah…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami gejala muntah dan bimbang jika anda hamil. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, kehamilan bergantung pada beberapa faktor seperti waktu kesuburan anda, waktu ovulasi dan juga waktu anda melakukan hubungan seks. Walaupun baru berkahwin tidak mustahil untuk hamil jika anda melakukan seks pada waktu kesuburan anda.
Anda boleh melakukan ujian kehamilan untuk mendapatkan keputusan anda. Namun, gejala muntah-muntah boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Keracunan makanan
- Kesan sampingan ubat
Namun ia juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Radang pankreas ( pancreatitis )
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.