
Sulit
4 tahun
Saya tidak memasukkan apa2 alat sulit
Saya tidak memasukkan alat sulit kemana2 bahagia… Hanya menyentuh menggunakan jari… Tetapi haid saya tidak hadir… Hanya sehari hadir dengan sedikit… Adakah dikira hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid lewat atau tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda masih risau tentang haid tidak lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada anda hamil ataupun tidak berdasarkan soalan sahaja. Pertanyaan sejarah kesihatan perlu diketahui dengan lebih lanjut terutama sejarah kitaran haid anda. Selain itu, ujian kehamilan dan pengesahan kehamilan juga perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan terhadap anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.