
Sulit
4 tahun
Saya wanita berumur 23 tahun.dari umur 15 tahun saya rasa diri ni ada masalah mental
Bila saya bersendirian,saya akan ingat balik apa yang saya pernah lalui sebelum ini seperti saya nampak bayang2 tu semua.perasaan saya jadi bercampur,menangis marah takut dan sebagainya.apabila saya berhadapan dengan orang sekeliling,saya rasa macam tak diperlukan dan orang bercakap buruk tentang saya orang pandang pelik pada saya sedangkan bila saya ok.saya rasa normal je semua tu.saya juga tidak berkawan kerana takut kata2 saya boleh menyakitkan hati sesiapa termasuk keluarga saya.apabila saya terlepas cakap tentang sesuatu.saya rasa panik.takut kerana fikir akan ada yang sakit hati pada saya.saya sering tidur lewat kerana rasa tak mengantuk dan bangun awal pagi.disebabkan ini saya ada migrain dan sering makan ubat tahan sakit.saya juga takut keluar bersendirian kerana rasa sesuatu melihat saya.setiap kali perkara ini terjadi saya memilih untuk tidur.kadang saya ok dengan suasana bising,kadang saya rasa nak marah.apa perlu saya buat?saya rasa tenang bila bersendirian tapi akan ingat kembali perkara2 yang menyakitkan hati.setakat ini saya tak ada rasa nak bunuh diri atau cederakan diri cuma rasa nak mengamuk dan rasa diri tidak berguna.saya tak pernah ceritakan pada keluarga kerana saya rasa keluarga akan ketawa pada saya dan akan bercerita pada saudara yang lain menyebabkan saya rasa kecewa.saya rasa seperti itu kerana hal kecil pun jadi bahan bualan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah kesihatan mental memerlukan penilaian rapi agar diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Maklumat yang anda berikan memerlukan sedikit penjelasan dan sebaiknya dilakukan bersama doktor pakar psikiatri. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor psikiatri bagi membuat penilaian kesihatan mental. Anda boleh pergi ke klinik kesihatan kerajaan untuk membuat surat temujanji dengan doktor psikiatri di klinik mereka atau hospital. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih. Sekian