
Sulit
4 tahun
Says mengandung 18 minggu 2 hari , last haid 22 nov bersetubuh 23 nov bila mula saya hamil
saya 27 tahun , sekarang mengandung 28 minggu , last period 22 november , 23 november saya bersetubuh buang dalam , boleh saya tahu bila saya mula hamil

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kehamilan berlaku di sekitar hari ke 11-21 selepas haid terakhir bagi wanita yang mempunyai haid yang teratur. Anggaran tarikh bila kehamilan berlaku adalah berdasarkan ini kerana sukar untuk mengetahui bila seorang wanita mengalami ovulasi. Perkara ini lebih sukar jika wanita tersebut mengalami haid yang tidak teratur.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.