
Sulit
4 tahun
Scaling gigi sewaktu PKPB atau PKPP
Hi saya wanita berusia 20an. Kali terakhir saya scaling gigi adalah bulan 12 2019. Saya terdengar semasa PKPB atau PKPP ini rawatan scaling gigi tidak dilakukan kerana risiko tertentu. Namun ade setengah klinik swasta ada yang membuat scaling gigi. Keadaan karang gigi saya makin menebal dari kuning dan ada yang bertukar menjadi kelabu. Gusi saya pun kerap berdarah tiba-tiba. Patutkah saya scaling gigi saya atau menangguhkannya dahulu? Tapi jika tangguh saya bimbang gigi saya akan bertambah masalah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda berkenaan perkhidmatan rawatan pergigian semasa musim pandemik ini. Untuk pengetahuan anda, anda masih boleh pergi membuat rawatan gigi di klinik pergigian. Anda cuma perlu menelefon klinik tersebut dan membuat janji temu pada hari yang diingini dan berdasarkan kekosongan doktor pada hari tersebut.
Kami tidak dapat memastikan seteruk mana karang anda kerana pemeriksaan haruslah dibuatkan terlebih dahulu. Sekiranya karang tersebut mengganggu hari dan mendatangkan ketikdaselesaan kepada mulut anda, kami sarankan anda untuk membuat rawatan tersebut.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall). Terima kasih.