
Sulit
3 tahun
Scan kehamilan kosong
Saya wanita 30an 12hb mei yang lalu saya dah lewat period test upt positif…tapi 18hb saya keluar darah x banyak selama 3 hari…kemudian saya cuba upt tp kabur guna clear blue positif…saya dah pergi klinik utk scan tapi ksg…ada ke saya keguguran

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami faham kebimbangan anda tentang scan kehamilan yang kosong. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kantung kosong boleh bermaksud doktor masih tidak boleh melihat janin itu dengan lebih jelas kerana tempoh anda hamil masih lagi awal. Berkenaan dengan pendarahan yang alami selama 3 hari tersebut, pelbagai pertanyaan perlu ditanyakan kepada anda. Perkara ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi
- Pendarahan daripada serviks
Namun, gejala-gejala ini boleh berlaku akibat perkara yang serius yang memerlukan pemeriksaan doktor dengan segera seperti:
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk ke hospital dengan segera untuk pemeriksaan susulan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar obstetrik.