
Anonymous
4 tahun
Seakan jerawat pada alat kelamin
Saya berumur 43 tahun.
Sejak 2 hari lepas, saya dapati terdapat biji-biji kecil seakan jerawat pada alat kelamin saya. Ada beberapa biji yg seakan mengandungi nanah. Kencing saya normal, tidak sakit dan tidak menbawa nanah atau darah. Biji2 itu jika pecah akan menjadi pedih. Adakah itu sifilis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara penyebab gejala tumbuhnya biji kecil pada alat kelamin adalah:
- Jangkitan herpes
- Jangkitan sifilis
- Jangkitan penyakit kelamin lain
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.