Sulit
3 tahun
Sebahagian permukaan Areola kering dan kadang kala gatal
Saya berumur 23 tahun. Masalah yang saya hadapi ialah pada areola sebelah kiri. Permukaan areola di sebelah bawah puting sahaja yang kering dan tidak merah. Dipermukaan areola selebihnya normal. Dibahagian puting tiada apa2 masalah. Di permukaan yg kering itu kulitnya sedikit menebal. Saya juga membuat self examination. Tiada benjolan yg dirasakan. Apabila berada dalam keadaan biasa, saya sentuh permukaan kering itu dan tiada rasa kesakitan mahulun benjolan. Cuma apabila keadaan areola & puting mengecut disebabkan sejuk, apabila disentuh bahagian permukaan kering, ia terasa sakit tapi tidaklah menyakitkan sangat. Apakah possible masalah nya Dr.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit akibat kulit tercedera
- Pemakaian baju dalam yang terlalu ketat atau produk kain yang mengiritasi kulit
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Mastalgia ( noncyclical )
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Crack nipple
- Gangguan kulit yang lain
Walaupun gejala yang dialami mungkin tidak mengganggu anda buat masa ini, anda tetap memerlukan pemeriksaan lebih teliti dan menyeluruh oleh doktor berkenaan keadaan payudara anda saat ini sebelum apa apa kesimpulan boleh dibuat - khususnya apabila gejala berterusan atau bertambah.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.