
Sulit
3 tahun
Sedang mengambil 2 jenis antibiotik, sesuai tak untuk saya ambil vaksin untuk cegah covid19?
Hello doktor, tumpang tanya… saya sekarang baru tiga hari mengambil 2 jenis antibiotik iaitu (Amoxycillin & Metronidazole) untuk tempoh 5 hari. atas saranan doktor gigi kerana ada masalah dengan gusi gigi. Besok sepatutnya tarikh untuk saya vaksin. Soalan saya adakah sesuai untuk sy mengambil vaksin untuk mencegah covid19? Adakah ianya tidak mengapa? Terima kasih doktor

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan pertanyaan di atas, saat ini anda sedang melalui rawatan antibiotik Amoxicillin & Metrodinazole dan bertanyakan sekiranya sesuai atau diperbolehkan untuk menerima vaksinasi COVID19. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, menurut data yang terkini, pengambilan antibiotik tidak akan mempengaruhi atau berinteraksi dengn proses vaksinasi COVID19. Oleh itu, anda amat digalakkan untuk meneruskan temujanji vaksinasi anda.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan, serta melaporkan kepada pegawai perubatan di Pusat Pemberian Vaksin anda.
Untuk sebarang kemusykilan selanjutnya, anda juga disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini