
Sulit
3 tahun
Sedih, stress, murung
Hi doktor. Saya seorang student dan sekarang belajar online. Saya stress dgn pelajaran dan terlalu banyak assignments untuk dibuat. Waktu tidur saya juga tidak teratur. Saya tidak boleh tidur pada waktu malam dan kerap tidur pda waktu siang. Saya juga tak boleh beri tumpuan pada waktu kelas, saya cepat distract dgn benda lain. Parents saya selalu marah2 dan ckp saya tak buat kerja di rumah seperti memasak dan sebagainya sedangkan kadang2 saya sibuk dgn assignments saya. Waktu saya berada di kampus saya rasa sgt tenang tetapi saya tak dibekalkan wang belanja yg cukup membuatkan saya rasa perlu untuk berada di rumah kerana perbelanjaan saya akan ditanggung mereka. Saya sangat sedih apabila parents saya ckp kalau saya takda pon tak apa sbb saya tak membantu mereka padahal saya kerap juga memasak utk keluarga. Saya sgt sedih dan membuatkan saya rasa mcm nak cuba untuk mencederakan diri dan membunuh diri, dan kadang2 saya terfikir untuk mencederakan mereka.Tapi saya tak buat sbb saya masih ingat Tuhan. Setiap kali saya sedih, saya pasti rasa seperti nak bunuh diri, tapi kalau tak sedih, saya hidup biasa saja sampai kawan2 nampak saya seperti seorang yg happy go lucky.
Adakah ini normal? Adakah ini simptom depression atau masalah mental? Apa yg patut saya lakukan?
Terima kasih doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kemurungan, tekanan dan keinginan untuk bunuh diri serta mencederakan orang lain yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Kurang rehat/tidur
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, kami mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dan luahkan masalah dengan orang yang anda percaya
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Susun masa dengan membuat jadual agar semua kerja menjadi teratur
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Namun, sekiranya gejala anda semakin serius, anda boleh mendapatkan nasihatan, rawatan atau bantuan lebih awal .
Anda boleh bercakap dengan doktor kami atau pakar psikiatri secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut atau pandangan kedua.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.